Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor berkenan mengurniakan beberapa siri sumbangan pelbagai peralatan perubatan bagi menangani wabak Covid 19 Negeri Johor berupa:
- 30 unit Blood Pressure Monitoring Set
- 55 unit Infrared Thermometer
- 31 unit Glucometer
- 35 unit Pulse Oxymeter
Peralatan tersebut telah diagihkan untuk kegunaan hospital Covid-19 Negeri Johor; Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dan Hospital Permai Johor Bahru.
Sembah Takzim daripada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor.